My Life is My Story

Tentang Iman, Islam & Ikhsan

Posted by: adam on: Desember 16, 2008

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata si pemuda: Khabarkan aku tentang Islam?

Rasulullah: Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila mampu ke sana.

Si pemuda: Benar katamu.
(Berkata Umar r.a: Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya)

Si pemuda: Khabarkanlah kepada ke tentang Iman.

Rasulullah: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNy a, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya.

Si pemuda: Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan.

Rasulullah: Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.

Si pemuda: Khabarkan padaku tentang hari kiamat.

Rasulullah: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.

Si pemuda: Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya.

Rasulullah: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
(Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut)

Rasulullah: Tahukah anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi?

Umar Al-Khattab: Allah dan Rasul-Nya jua yang mengetahui.

Rasulullah: Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Riwayat Muslim

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

 

Desember 2008
S S R K J S M
    Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Visitor

Anda Pengunjung Blog Ke
www.free-counter-plus.com
Www.free-counter-plus.com
Jewelryboxpro.com
Mulai Januari 2009
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.